News Hightlight
Assalamualaikum Wrt Wbt.
 
Pusat Islam & Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHMO), Universiti Malaysia Pahang, ingin mempelawa penyertaan YH. Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan, ke program Seminar Serantau Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dari Perspektif Maqasid Al-Shariah yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
 
πŸ“… TARIKH: 20 OKTOBER 2018 (SABTU)
 
⏱ MASA: 8.00am – 5.00pm
 
🏬  TEMPAT: HOTEL GRAND DARULMAKMUR, KUANTAN PAHANG
 
πŸ’΅ YURAN: RM 170 SAHAJA
 
⭐ TAWARAN: 5CEP
 
 
 
πŸ“πŸ“πŸ“
PENDAFTARAN hanya dengan 2 LANGKAH MUDAH!
 
1- BAYAR : Sila bayar ke akaun berikut:  
Nama Akaun  : BENDAHARI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
 
No. Akaun     : MAYBANK 5562-3530-4266
 
2- DAFTAR ONLINE:  
 
Pihak kami boleh menerima pembayaran secara pesanan tempatan/local order.Sila hubungi urusetia untuk mndptkn sebutharga 
 
 
πŸ”΅Pendaftaran disahkan setelah anda membuat bayaran penuh sebelum tarikh tutup penyertaan. 
 
πŸ”΅Makluman bukti pembayaran hendaklah difaks/ e-mel/ Whatsapp / upload di google doc untuk perhatian kepada Urusetia Program :-
 
πŸ“ž 013-939 8941( Cik Fatihah)
πŸ“ž 012-221 8158 ( En Marzuki)
 
πŸ“ No Faks      : 09-4245732
πŸ“©Emel            : nurulf@ump.edu.my
 
 
SPECIAL β€Ό
🀩🀩🀩🀩🀩
Pihak penganjur menyediakan pakej makan, sijil penyertaan dan kit seminar untuk peserta !!!!

*SALAM KEMERDEKAAN 2018*"
πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ
Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatNya kita dapat meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-61 dengan tema “Sayangi Malaysiaku”. Tema Hari Kemerdekaan kali ini bertepatan dengan konsep menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan dalam aspek kehidupan masyarakat Malaysia.

Sebagai seorang pekerja, kita boleh menterjemahkan rasa sayang kepada Negara tercinta dengan menyayangi diri kita terlebih dahulu. Kesedaran terhadap kepentingan menyayangi diri sendiri, menyayangi rakan sekerja dan menyayangi syarikat serta melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna merupakan satu sikap yang sangat mulia.

Kesedaran yang tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan kehidupan seharian adalah salah satu faktor bagi memastikan rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Para pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tanahair turut memainkan peranan penting bersama majikan dalam memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat, sihat dan sejahtera kepada semua pekerja.

Tempat kerja yang kondusif dan bebas dari risiko kemalangan perlulah disediakan oleh majikan agar para pekerja di Malaysia dapat melaksanakan tugas dengan selesa, selamat dan sihat selain menjamin keselamatan orang awam yang berada berhampiran dengan tempat kerja berkenaan. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan budaya kerja selamat setiap masa ke arah mengaplikasikan “Sayangi Malaysiaku” di dalam kehidupan seharian.

Selain itu, aspek kesihatan juga sangat penting bagi menjamin tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Kesihatan fizikal dan mental perlulah diberi perhatian serius demi memastikan rakyat Malaysia dapat berdaya-saing dan mampan dalam memacu Malaysia ke arah negara maju. Rakyat yang menyayangi kesihatan tubuh badan sendiri pasti berusaha menyayangi keluarganya dan Negaranya. Hargailah keselamatan dan kesihatan dalam kehidupan seharian kita semua!

*“SAYANGI MALAYSIAKU”*

*SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE- 61*

Malaysia Society for Occupational Safety and Health (MSOSH)

31 OGOS 2018

http://www.msosh.org.my

Pihak Pengurusan MSOSH menyambut baik kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad pada 30 Julai 2018, yang menggesa semua mangsa yang menghadapi kekerasan atau gangguan di tempat kerja sama ada dalam bentuk fizikal, lisan, mental atau seksual, untuk membuat laporan terus kepada Menteri Kesihatan di alamat e-meldrdzul@moh.gov.my.

Kekerasan atau gangguan di tempat kerja ini merupakan juga salah satu ketegori hazad iaitu ‘psikososial hazad’ yang menggambarkan hubungan antara kondisi sosial seseorang dengan kesihatan mental atau emosinya. Dalam erti kata lain, istilah psikososial melibatkan aspek psikologi dan sosial. Contohnya, hubungan antara ketakutan yang dimiliki seseorang (psikologi) terhadap bagaimana cara ia berinteraksi dengan orang lain di dalam lingkungan sosialnya.

Pihak majikan sering terlepas pandang isu psikosial hazad ini dalam sesebuah organisasi. Ianya boleh berlaku akibat interaksi sama ada secara fizikal, lisan, mental dan juga seksual di kalangan majikan sesama pekerja mahupun pekerja sesama pekerja. Pekerja yang tidak stabil mentalnya, akan memberikan reaksi negatif terhadap segala sesuatu yang terjadi dalam hidupnya. Kesannya bukan setakat kepada individu itu sendiri malah membawa impak ke atas oganisasi iti sendiri.

Di bidang Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan, MSOSH ingin menegaskan agar majikan dan pekerja bersikap prihatin dan tidak melaksanakan tindakan-tindakan yang boleh menjurus berlakunya kekerasan melampau di tempat kerja seperti;

·   Pekerja diperbodohkan di hadapan rakan-rakan sekerja

·   Pekerja ditengking, ditempelak dan dimarahi dengan bahasa yang kesat dan hina

·   Pekerja diugut dan sering diberi kata dua dalam setiap tindakannya

·   Pekerja dimalukan dihadapan pekerja lain dan reputasinya dijatuhkan secara tidak bermoral

·   Pekerja tidak dibenarkan menghadiri latihan seperti pekerja lain dan sentiasa disisihkan dari aktiviti syarikat

·   Peluang kerjaya di syarikat disekat dan pekerja tidak berpeluang ke hadapan untuk menonjolkan hasil kerjanya

·   Pekerja sering ditukarkan ke beberapa lokasi kerja dan diberikan tugasan yang luar biasa dengan harapan pekerja tersebut berhenti secara sukarela

Apabila wujudkan pemikiran yang irasional (tidak rasional) dan tidak profesional di antara majikan dan pekerja, ianya merupakan salah satu tanda kurang sihatnya kondisi psikososial seseorang. Sering munculnya prasangka buruk atau pemikiran negatif(negative thinking) terhadap banyak perkara dalam hidup berorganisasi sehingga wujud kondisi psikososial yang buruk. Ianya akan menatijahkan persekitaran kerja yang tidak harmoni dan berpotensi menjatuhkan produktiviti dan kualiti organisasi. Akhirnya,kes kesihatan mental yang berpunca dari penyakit kemurungan akan mula menular di tempat kerja dan di seluruh Negara.

Justeru itu, pihak MSOSH menggesa majikan, pekerja, pengamal KKP dan juga komuniti untuk sama-sama memainkan peranan bagi memastikan individu yang mempunyai masalah berkaitan psikososial hazad ini diberikan bantuan sokongan. Majikan juga perlu lebih prihatin, mengambil tahu dan memberi sokongan kepada pekerja yang mungkin mengalami tanda tanda awal permasalahan kemurungan.

Masyarakat juga perlu lebih peka untuk menghulurkan bantuan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sekerja yang didapati menunjukkan tanda-tanda awal masalah emosi atau kemurungan. Bantu mereka dengan cara mendengar luahan mereka, bawa mereka mendapatkan bantuan pakar sekiranya diperlukan dan beri sokongan kepada mereka untuk berani bersuara membuat laporan sekiranya mengalami kekerasan dan gangguan berterusan.

Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk mempromosikan persekitaran kerja yang sihat dan bebas dari psikosial hazad. Pihak MSOSH juga menyeru pihak majikan dan pekerja agar berusaha dan bergandingan mengatasi kemelut psikososial hazard dan masalah kesihatan mental yang ada di di tempat kerja. Aspek lain yang perlu diberi perhatian adalah dari segi pemerkasaaan industri melalui pemberian latihan dan kemahiran kepada pekerja-pekerja untuk menyampaikan advokasi dan sokonganserta intervensi psikososial dalam organisasi. MSOSH amat komited dan berusaha memberikan konsultasi dan latihan berterusan agar kondisi psikososial yang baik dan sihat mampu membantu organisasi untuk proaktif dan maju ke hadapan.

Emosi Sihat, Tempat Kerja Selamat!

Malaysian Society for Occupational Safety & Health (MSOSH)

4 Ogos 2018

Pengurusan MSOSH ingin mengucapkan Selamat Hari Raya 2018/1439 kepada semua ahli MSOSH yang beragama Islam dan selamat bercuti kepada semua ahli di seluruh negara.

THINK SAFE, ACT SAFELY

Wishing Eidul Adha 1437 to all Muslim and Happy Holiday to all Malaysians.

MSOSH

The Malaysian Society for Occupational
Safety & Health (MSOSH)

4th Floor Wisma PERKESO,
Lot 141, Jalan Selangor,
Section 6, 46990 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.

Tel: +603-7956 1763
Fax: +603-7955 7195

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account